? ??????????????Christmas Tree? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??8 Grabs Today. 298 Total Grabs. ??????
Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????The Gift? ????? ?? ???Rating: 4.3 (26 Ratings)??6 Grabs Today. 19772 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ? BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, December 26, 2009

Kaedah Pengajaran menggunakan Power Point

Contoh Kaedah Pengajaran
Menggunakan Power Point


Friday, December 25, 2009

Pengajaran Menggunakan bahan kartun berunsur pengajaran dan tauladan.

Penggunaan kartun sebagai medium pengajaran bermaklumat dan bernilai murni.
Kartun merupakan salah satu bentuk komunikasi grafik yang dipersembahkan secara menarik dan ringkas untuk menyampaikan maklumat dan pesanan. Oleh kerana sifatnya yang unik, kartun mampu meninggalkan kesan ingatan dan mengukuhkan ingatan manusia. Kartun juga berfungsi untuk mendidik murid-murid ke arah menumpukan minat terhadap penggunaan kartun yang bermutu tinggi dari segi lukisan., mesej, dan sudut persembahan serta bahasa yang digunakannya. Kartun boleh memperjelaskan maksud dan menggambarkan makna isi kandungan bahan yang diajar dalam bentuk yang lebih mudah dan menarik. Misalnya, pengajaran peribahasa dan simpulan bahasa menjadi lebih mudah difahami juka disampaikan dengan mengunakan bahan kartun.

Contoh 1:
Contoh 2:

Fungsi BBM

Fungsi Bahan Bantu Mengajar

Penggunaan bahan bantu mengajar bertujuan membantu guru mengajar dengan lebih berjaya selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mengutamakan kepentingan murid-murid. Melalui falsafah ini, Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha menjelaskan konsep pembangunan kemanusiaan dalam penggubalan kurikulum selain memberi perhatian kepada perkembangan individu khususnya dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Sehubungan itu, bahan bantu mengajar dapat dilihat sebagai medium yang berupaya menyerlahkan bakat dan potensi murid dalam Bahasa Melayu dan sastera. Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) menggariskan beberapa perkara berkenaan Bahasa Melayu antaranya “Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan...” (Yahya Don, 2005). Dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian, murid-murid akan mengalami proses pembelajaran yang lebih interaktif dan segar sekali gus menepis tanggapan stereotaip yang menyatakan bahawasanya pembelajaran Bahasa Melayu adalah membosankan
.

Bahan Bantu Mengajar (BBM)

Bahan Bantu Mengajar??

Kamus mendefinisikan bahan sebagai sesuatu atau beberapa benda yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu atau untuk sesuatu tujuan. Bahan juga berkaitan dengan hal-hal yang akan dibincangkan seperti dalam pengajaran dan pembentangan. Kamus Longman Dictionary of Contemporary English telah memberikan definisi bahan sebagai “information from which a (written) work is to be produced”. Pada asasnya, perkataan bahan dapat diertikan sebagai merangkumi sebagai segala benda, alat, maklumat dan media yang dapat memenuhi sesuatu tujuan dan bahan.

Oleh itu, bahan bantu mengajar merupakan bahan sokongan yang dapat membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran selain cara penyampaian isi pelajaran secara konvensional. Guru memainkan peranan penting dalam menentukan bahan bantu mengajar yang berkesan.

Keberkesanan bahan bantu mengajar yang dipilih mampu mempengaruhi minat murid-murid untuk meneruskan tumpuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan pengajaran dan bahan bantu mengajar ada berbagai-bagai. Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku, carta atau slaid yang dipancarkan pada layar dan sebagainya yang merupakan bahan yang menyokong penyampaian pembelajaran.

Thursday, December 24, 2009

Kit Pengajaran

KEPELBAGAIAN KIT PENGAJARAN

"Kad Bergambar"

" Bintang Suku Kata"

"Kad Ejaan Bergambar"

"Kad Ejaan Bergambar"

"Blog Abjad/Huruf Bahasa Melayu"

Kelebihan Kit Pengajaran.

APA KELEBIHAN KIT PENGAJARAN DI SEKOLAH???
  1. Menggalakkan pelajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif
  2. Memberi minat dan daya tarikan kepada pelajar
  3. Memudahkan pengajaran guru
  4. Proses Pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan
  5. Memberi kefahaman kepada pelajar dengan mudah dan cepat
  6. Menggalakkan penglibatan pelajar di dalam bilik darjah

Kit Pengajaran

APA ITU KIT PENGAJARAN???


Kit Pengajaran merupakan satu kaedah inovatif yang sebagai bahan bantu mengajar di sekolah. Bahan ini diguna dan dilaksanakan oleh guru-guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) lebih mudah dan difahami oleh pelajar. kit ini disediakan dengan berpandukan kepada aspek psikologi kanak-kanak dan mengikut kemampuan serta kebolehan mereka dengan kemahiran yang berbeza.